“Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak
lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada
mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan
merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu
menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu
panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi
fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia
beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan
fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” Al-Hujuraat ayat 11
No comments:
Post a Comment